Sep 9, 2009

PENGUMUMAN PENGURUSAN SEKOLAH


PERKEMBANGAN TERKINI WABAK INFLUENZA A (H1N1) DI DAERAH KUALA KANGSAR

Sehingga kini, terdapat pelajar daripada beberapa buah sekolah daerah ini yang didapati positif H1N
1.Sehubungan itu, semua pihak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut:, (Rujukan surat: Bil.(2) J.Pend.Pk.(AM) bertarikh 11 Ogos 2009Sila patuhi arahan-arahan berikut demi menangani isu berkenaan.1. Semua akitiviti melibatkan pihak luar atau pergerakan murid / pelajar di luar kawasan sekolah selepas 10 Ogos 2009 ditangguhkan. Hanya akitiviti yang dijalankan di dalam permis sekolah dibenarkan.

2. Peperiksaan Awam (UPSR/PMR/SPM/STPM/STAPM) berjalan saperti yang dijadualkan.2.1 Pelajar yang menerima rawatan (kuarantin) di hospital akan menduduki peperiksaan tersebut di hospital.2.2 Pelajar yang dikuarantin di rumah, perlu menduduki peperiksaan berkenaan di bilik kuarantin yang disediakan oleh pihak sekolah.

3. Pihak sekolah digalakkan mengadakan Bacaan Surah Yasin atau Solat Hajat dan berdoa bagi memohon kesejahteraan dan keafiatan dan bebas dari wabak virus H1N1 yang kini semakin menular dan merebak.

4. Pihak sekolah digalakkan mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan sekolah.

5. Pihak sekolah harus mengenalpasti pasti sebab-sebab pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah supaya maklumat penularan H1N1 ini dapat dimaklumkan kepada pihak hospital daerah.

6. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Induk 3K Wabak Influenza A H1N1.

7. Pemakaian penutup mulut dan hidung adalah digalakkan. Cuba dapatkan bantuan bekalan dari Persatuan IbuBapa dan Guru.

8. Pihak sekolah sentiasa mengawasi pelajar-pelajar yang mengidap penyakit asthma, obesiti dan kencing manis yang mudah diserang oleh Virus H1N1

9. Lawatan ke luar negara tidak digalakkan. Sekiranya lawatan keluar negara tidak dapat dielakkan dan atas urusan persendirian, pegawai tersebut hendaklah mengambil cuti tambahan untuk tujuan kuarantin sekembalinya dari luar negara.

10. Bagi lawatan 'terpaksa' dilaksanakan juga, sila rujuk dan dapatkan kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia (Penganjur).11. Bagi sekolah yang menerima lawatan dari luar negara sila berhubung terus dengan Bahagian Antarabangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia dan patuhi prosedur yang telah ditetapkan. Harap maklum dan Terima kasih atas keprihatinan anda.


Sumber PPD Kuala Kangsar

Pengikut