Jul 30, 2010

Selamat Maju Jaya Tuan Haji Abdul Wahab Bin Mad Noor


Kami warga Sekolah Kebangsaan Manong mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan khidmat sepanjang berada di sekolah ini. Semoga dimurahkan rezeki dan terus maju meningkatkan mutu dan prestasi di sekolah yang baru!

Jul 28, 2010

Pelancaran Saluran Pendidikan Baru Astro-Tutor TV



Open in new window


Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Semua Pengetua/ Guru Besar Sekolah Negeri Perak,


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kampus Astro akan melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang akan dikenali sebagai "ASTRO TUTOR TV" pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100. Ia adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.

3. Astro Tutor TV adalah satu rancangan yang padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Program ini diselitkan juga maklumat yang berguna kepada pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tip belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan dan kuiz. Tempoh setiap episod di antara 15 hingga 30 minit, sarikata dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Open in new window


4. Pihak tuan/puan dipohon untuk mewar-warkan berkaitan dengan penambahan program tersebut.

Sekian. Terima kasih.


Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Perak

Jul 23, 2010

Soalan Program Gerak Gempur UPSR


http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=238

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sila ambil maklum, penarafan aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari

19 JULAI 10.00 PAGI HINGGA 30 OGOS 2010 JAM 4.00 PETANG

http://pnp.moe.edu.my/ssqs


Jul 21, 2010

SPPICTS

KUTIPAN DATA SPPICTS BAGI TAHUN 2010

Kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini
akan dilaksanakan sebanyak 3 KALI seperti berikut :

i) 21 MAC HINGGA 09 APRIL 2010

ii) 20 JUN HINGGA 09 JULAI 2010

iii) 19 SEPT HINGGA 08 OKTOBER 2010


Diminta semua sekolah mengemaskini maklumat tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui URL:
http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my
hanya pada tarikh-tarikh di atas sahaja

Pengikut