 
 
  Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Semua Pengetua/ Guru Besar Sekolah Negeri Perak,
  Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
  2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Kampus Astro akan melancarkan saluran pendidikan baru Astro yang akan dikenali sebagai "ASTRO TUTOR TV" pada 18 Julai 2010 dan akan tamat pada 23 September 2010. Rancangan ini akan dipancarkan melalui saluran 100.  Ia adalah satu saluran sementara yang akan menawarkan pembelajaran  interaktif khususnya bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR  pada tahun ini.
  3.  Astro Tutor TV adalah satu rancangan yang  padat dengan program berbentuk format ulangkaji interaktif bagi  matapelajaran utama UPSR iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik  dan Sains. Program ini diselitkan juga maklumat yang berguna kepada  pelajar seperti penjagaan kesihatan, meningkatkan motivasi dan tip  belajar secara efektif. Pelajar boleh menggunakan fungsi butang merah  alat kawalan jauh Astro untuk fungsi interaktif bagi mendapatkan panduan  dan kuiz. Tempoh setiap episod di antara 15 hingga 30 minit, sarikata  dalam Bahasa Malaysia dan Mandarin.
 
  
 
  4. Pihak tuan/puan dipohon untuk mewar-warkan berkaitan dengan penambahan program tersebut.
  Sekian. Terima kasih.
 
  Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Pelajaran Perak
  | 
No comments:
Post a Comment