Oct 19, 2010

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa



Lirik Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli


Clik Link Dibawah Untuk Download.

http://www.mediafire.com/upload_complete.php?id=td1t9cttmye

Instrumental

http://www.smktk.net/v2/docu/bahasa_jiwa_bangsa.zip

Oct 15, 2010

SPS : Download borang Maklumat Berkaitan Isu-Isu Persekolahan Tahun 2011 Oleh KPM

Sukacitanya saya merujuk tajuk yang diatas dan surat yang diedarkan kepada semua Ketua Sektor J.Pel.Pk(AM)1227/26 Jld.4 (16)

Berikut adalah borang yang perlu dilengkapkan oleh setiap sektor untuk dikumpulkan dan diserahkan kepada KPM mengikut tarikh yang ditetapkan
[Klik disini untuk download]

Borang yang telah dilengkapkan berkaitan sektor masing-masing perlu:
1. Hardcopy diserahkan kepada urusetia di Sektor Pengurusan Sekolah
2. Email softcopy borang tersebut ke : pemantauanjpnperak@gmail.com selewat-lewatnya 20 Oktober untuk pengumpulan dan rumusan

Sekian, terima kasih

- URUSETIA ePerlu -

UCAPAN BAJET 2011

http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/mastop_publish/files/files_4cb832ef85f0b.pdf

SICT : Lanjutan Tempoh Kemaskini Data EMIS Online

Semua Pengetua/Guru Besar/Guru Data Negeri Perak;

1. Tarikh akhir kemaskini data Guru/Staf dalam EMIS Online untuk kegunaan EPrestasi 2010 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010. Ini disebabkan berlaku masalah teknikal terhadap server di KPM sepanjang minggu ini. Pastikan semua Guru/Staf telah menurunkan tandatangan pada cetakan data peribadi masing-masing.

2. Semua GDM diminta mengemaskini lokasi MUKIM dalam EMIS Online berdasarkan garis panduan terkini seperti 15 Oktober 2010. Sila abaikan ralat MUKIM 30 September 2010. Muat turun dan Cetak Di Sini.

3. Semua GDM diminta kemaskini semua data berkaitan ENROLMEN berakhir 30 Oktober 2010 sebelum 8 November 2010. Server EMIS Online akan ditutup mulai 9 November 2010.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor ICT.

Oct 14, 2010

SICT : Semua Pengetua/Guru Besar/Guru/GDM Negeri

Data EMIS Oktober akan digunapakai untuk EPrestasi 2010. Kerjasama dipohon agar dapat mengambil tindakan berikut sebelum 15 Oktober 2010:

1. GDM mewujudkan Data dalam EMIS ONLINE bagi Guru/Staf BARU disekolah.
2. GDM memindahkan/menerima dan kemaskini data Guru/Staf dalam senarai pindah.
3. GDM cetak, edar dan kemaskini data semua STAF BUKAN GURU sahaja.
4. GDM muat turun, Semak, Cetak Ralat dan Kemaskini data secara online di antara 10 hingga 15 Oktober.
5. Semua Pengetua, Guru Besar dan GURU, sila Login EMIS Online (guna Nombor KP baru) dan semak Data masing-masing sebelum 10 Oktober. Cetak dan perbetulkan dengan pena warna merah (jika ada kesilapan) untuk dikemaskini oleh Guru Data Pastikan setiap Cetakan Individu PGB/Guru/Staf mempunyai tandatangan PGB dan Guru/Staf sebagai tanda data telah diakui sah. SIMPAN CETAKAN dalam Fail EMIS Sekolah.
6. Sekolah yang telah melaksanakan CETAKAN, SEMAKAN dan PENGESAHAN INDIVIDU pada bulan Ogos/September TIDAK PERLU melaksanakan perkara 5 di atas.
7. Semua PGB/Guru dikehendaki menukar Katalaluan sendiri setelah kali pertama login.

Sebarang kesilapan data hendaklah dielakkan.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor ICTJPN Perak

Oct 11, 2010

SISTEM PENGURUSAN AKADEMIK (SisPA)

PENGENALAN

Sistem Pengurusan Akademik (SisPA), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) akan digunapakai oleh semua pendidik, Pegawai Akademik di JPNP dan Pegawai Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri Perak. SisPA akan menguruskan pangkalan data secara on-line berkaitan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan (empat ujian/peperiksaan utama) di sekolah dengan menggunakan strategi headcount sebagai pendekatan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.


OBJEKTIF

1. Mewujudkan mekanisme pengumpulan data secara berpusat yang digunapakai di peringkat sekolah, PPD dan JPNP.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan data akademik di sekolah, PPD dan JPNP.

3. Memudahkan pengesanan status pencapaian akademik pelajar bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan.

4. Memudahkan perolehan data untuk perancangan program-program akademik.


KUMPULAN SASARAN

Penggunaan SisPA disasarkan kepada dua kumpulan utama; guru dan pengurusan. Kumpulan guru termasuklah guru kelas dan guru mata pelajaran manakala kumpulan pengurusan meliputi pengurusan sekolah, pegawai di PPD dan JPNP.


PELAKSANAAN PROGRAM

SisPA akan diaplikasikan di semua sekolah di negeri Perak. Guru kelas dan guru mata pelajaran merupakan pengguna utama SisPA. SisPA diaplikasikan untuk kemasukan data empat (4) ujian/peperiksaan utama di sekolah serta data headcount. SisPA akan membantu guru menjana statistik dan laporan yang diperlukan oleh para guru seperti analisis dan slip peperiksaan. Statistik yang dijana seharusnya dimanfaatkan oleh guru bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid untuk merancang program-program penambahbaikan di sekolah. Bagi kumpulan pengurusan di sekolah, PPD dan JPNP, SisPA membantu menjana statistik dan laporan yang diperlukan untuk proses membuat perancangan dan tindakikut. Data boleh dijana untuk menghasilkan statistik mengikut format yang dikehendaki. Data boleh diambil terus daripada sistem tanpa perlu meminta guru mengisi borang-borang pungutan data.


PENUTUP

Sistem Pengurusan Akademik (SisPA) ini adalah milik bersama warga pendidikan di negeri Perak. Sistem ini diharapkan dapat membantu melicinkan proses pengurusan data akademik di negeri Perak dan seterusnya mampu melonjakkan pencapaian akademik murid-murid. Untuk itu seluruh warga pendidikan perlu berlapang dada dan berusaha untuk bersama-sama menjayakan hasrat murni ini. Pelaksanaan program ini akan banyak menuntut kepada perubahan sikap pegawai, pentadbir sekolah dan juga para pendidik.


Manual pengguna SisPA yang mengandungi 2 fail:
1) Manual pengguna SU Peperiksaan
2) Manual Penguna Guru Kelas & Guru MP

Muat Turun Manual

Pengikut