Oct 15, 2010

SICT : Lanjutan Tempoh Kemaskini Data EMIS Online

Semua Pengetua/Guru Besar/Guru Data Negeri Perak;

1. Tarikh akhir kemaskini data Guru/Staf dalam EMIS Online untuk kegunaan EPrestasi 2010 dilanjutkan sehingga 22 Oktober 2010. Ini disebabkan berlaku masalah teknikal terhadap server di KPM sepanjang minggu ini. Pastikan semua Guru/Staf telah menurunkan tandatangan pada cetakan data peribadi masing-masing.

2. Semua GDM diminta mengemaskini lokasi MUKIM dalam EMIS Online berdasarkan garis panduan terkini seperti 15 Oktober 2010. Sila abaikan ralat MUKIM 30 September 2010. Muat turun dan Cetak Di Sini.

3. Semua GDM diminta kemaskini semua data berkaitan ENROLMEN berakhir 30 Oktober 2010 sebelum 8 November 2010. Server EMIS Online akan ditutup mulai 9 November 2010.

Sekian, terima kasih.

Unit Pengurusan Maklumat, Sektor ICT.

No comments:

Pengikut