Apr 27, 2009

Tokoh SK Manong: Datuk Hassan Nawawi


Dato’ Hassan Nawawi Bin Abd. Rahman merupakan wira daratan yang telah menyahut cabaran mengelilingi dunia dengan berbasikal. Beliau dilahirkan pada 9 Disember 1954 di Kampung Suak Petai, Manong, Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan anak keenam daripada sepuluh adik-beradik. Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Kebangsaan Manong pada tahun 1961 – 1966. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMK Sultan Tajul Ariffin Manong pada tahun 1967 – 1969. Kemudian ke SM Aminuddin Baki, Kuala Lumpur bermula daripada tingkatan empat hingga tingkatan enam atas pada tahun 1970 – 1973.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah Hubungan Antarabangsa pada tahun 1977. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Pembangunan (MDA) dari University of Western Michigan pada tahun 1986. Beliau mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sementara di SMK Sultan Tajul Ariffin Manongpada 1974 dan di SMK Dato’ Idris Pantai Remis pada 1977. Perkhidmatan pertama beliau dalam Perkhidmatan Awam adalah Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 19 September 1977 dan pernah bertugas di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada 1977 – 1980, di Kementerian Luar Negeri pada 1980 – 1981, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1981 – 1984 dan 1990 – 1993, Pejabat Daerah Manjung (1993 – 1998 ), Pejabat Daerah Port Dickson pada 1998 – 2000 dan mulai bertugas sebagai Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Perak pada 1 April 2002.

Sukan yang paling diminati beliau adalah permainan bola sepak dan larian maraton, di samping mendaki gunung dan mengembara dengan basikal. Idea untuk berbasikal megelilingi dunia bukanlah datang secara mendadak tapi disebabkan beliau berminat membaca kisah pengembaraan Ibn Batutta, Khalid al - Walid, Magellan, Colombus dan nama-nama agung seperti Alexander The Great, Genghiz Khan, Shih Huang Ti dan I Cheng. Beliau mencatat pengembaraan berbasikal selama 389 hari dan berkayuh sejauh 26 565 kilometer merupakan catatan terbaru dalam sejarah tanah air. Beliau juga membuktikan bahawa tiada yang mustahil bagi sesiapa yang mengatakan diri mereka boleh untuk mencapai kejayaan. Catatan pengembaraan ini merupakan rekod manusia yang berjiwa besar dan kental yang boleh memberi inspirasi kepada generasi muda untuk membuat sesuatu yang hebat.

Sumber: Sejarah Malaysia

Apr 25, 2009

Program Citra SK Manong & IPBA

Manong - 41 orang pelajar IPBA yang terdiri daripada pelbagai kursus telah menyertai program Citra Guru yang dijalankan di Manong, Kuala Kangsar, Perak. Program yang bermula pada 19 Disember 2008 dan berakhir pada 22 Disember 2008 bertujuan memastikan guru-guru pelatih IPBA mempunyai sifat-sifat yan sepatutnya ada pada seorang guru. Pensyarah pengiring iaitu En. Tahir Kamarulzaman, En Arus Abdul Kudus, En. Thahir Nuruddin, Ustaz Zaradi Sudin, Ustaz Aminyamin dan Pn. Normadiah telah ditugaskan untuk membimbing para peserta sepanjang program tersebut.

SK Manong telah dijadikan tempat utama aktiviti dijalankan kerana kedudukannya yang strategik. Peserta program diserahkan kepada keluarga angkat sejurus selepas bermulanya majlis perasmian program. Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ghazali Jalal, Pegawai Daerah Kuala Kangsar. Sepanjang program berlangsung, peserta dikehendaki menetap di rumah keluarga angkat masing-masing dan beramah mesra bersama keluarga angkat. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah Ceramah Motivasi UPSR, Aktiviti Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, Program Jiwa Murni, Cintailah Sungai Kita dan aktiviti riadah bersama sekumpulan pelajar SK Manong. Adalah diharapkan bahawa hubungan yang terjalin sepanjang program berlangsung akan berkekalan dan semoga pihak IPBA akan terus menjalankan program sebegini di masa hadapan kelak.


Sumber:IPBA

Apr 22, 2009

Kehilangan Salinan Sijil SPM/PMR/UPSR


Maklumat dan Prosedur
Sekiranya ingin mendapatkan salinan sijil yang hilang/musnah/tidak dituntut boleh dibuat melalui pos atau datang sendiri ke kaunter sijil Lembaga Peperiksaan Malaysia Aras 1 Blok E 11 Putrajaya.
Cara permohonan salinan sijil adalah seperti berikut:
  1. Wang Pos bernilai RM 10.00 (atas nama Pengarah Peperiksaan)
  2. Surat Akuan Sumpah atau Laporan Polis tentang kehilangan sijil (hanya permohonan secara pos)
  3. Sampul surat beralamat sendiri dan bersetem
  4. Tempoh proses 4 minggu dari tarik menerima permohonan
Sila alamatkan pada :

Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
(U.P: Unit Pengurusan Maklumat dan Data)

Sila layari laman web lpm di http://www.moe.gov.my/lpm/ untuk keterangan lanjut.

Salinan sijil hanya diproses di LPM Putrajaya.

Setiap salinan sijil dikenakan wang pos RM 10.00
Terima kasih,

Harap maklum

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia


Maklumat Lanjut :
Lembaga Peperiksaan Malaysia Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

Apr 17, 2009

Penerangan solat qasar dan jama’

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

) (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Sumber : JAKIM

Organisasi Pentadbiran SK Manong

Guru Besar
Tuan Haji Besar Abdul Wahab Bin Mad Noor


Penolong Kanan Pentadbiran

Cik Hajah Che Nor Mazwar Bt Abdul Samid


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Hajah Umi Salmah Bt Yahaya


Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Tuan Haji Abu Hanifah B. Abd Rahman


Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Puan Nik Nor Alifah Bt. Nik Salleh@Nik Mohamed


Guru Media

En. Shaharuddin B. Yub Razali

Apr 15, 2009

Info Gaji 2009

Januari 19/01/2009

Februari 25/02/2009

Mac 25/03/2009

April 23/04/2009

Mei 25/05/2009

Jun 25/06/2009

Julai 23/07/2009

Ogos 25/08/2009

September 10/09/2009

Oktober 08/10/2009

November 25/11/2009

Disember 17/12/2009

Pengikut